Thursday, March 5, 2009

Keajaiban doa


Lama tak jenguk blog ni. busy n busy yang amat sgt.tak sempat walau Tuhan bg 24 jam sehari...

Kali ni nak cerita pasal buku Travelog Haji ni la. Actually buku ni hadiah dr Fisha utk birthday alin hrtu.Fisha hadiahkan 2 buku. lagi satu buku, Cinta Khadijah. Cinta Khadijah tu alin tengah baca.belum hbs lagi...Thanks Fisha..buku ni benar2 mengembalikan aku pada 'doa'.Semoga Tuhan memudahkan segala urusan Fisha.

Buku ni sebenarnya adalah catatan perjalanan ibadah penulis di Mekah Prof. Muhd kamil.Ibadah yang tulus dan doa sungguh2 ketika di bumi Haram. Membaca sahaja buku ni, membuat kan aku rasa terkilan...nape la aku lupa berdoa sungguh2 dan dimana2 sahaja ketika di sana...nape la lupa tentang makbulnya doa di setiap tapak di situ. aku hanya berdoa sungguh2 ketika ditempat2 yg makbul sahaja.

Patutla apa yg aku terkata dalam hati, memang itu la yg aku dapat..yeala, bila tgk ramainya org kat Hajar Aswad, aku kata dalam hati..tak pe la, ramai orang tu..tak mampu nak bawa mak redah semua manusia yg besar2.Lain kali, Tuhan pasti jemput aku lagi jadi TetamuNya...tu jer yg mampu aku kata sambil lihat ke arah tempat2 makbul itu..apatah lagi, ustaz yang bawa kami pun pecah cermin mata dia sbb kena tolak di dinding Rumah Allah... Bila tgk berpusunya orang sholat di Hijir Ismail,berdoa di pancuran Emas...pun hati kata macam tu.Patut la aku tak dapat cium Hajar Aswad, tak dapat sembahyang sunat di Hijir Ismail n tak dapat berdoa di bawah Pancuran Emas...tapi aku yakin yg kata hati "Pasti Tuhan nak aku datang lagi jd TetamuNya" akan dimakbul kan Tuhan.Amenn...

Signifikan doa dalam kehidupan seharian yg di tulis dalam buku ini begitu masuk dalam hati.Tu la kan.. 'doa' adalah pengharapan kita pada Tuhan..Dia Maha Mendengar.Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Doa..doa..doa dan terus berdoa..Tuhan makbulkan. Tapi kengkadang aku macam lupa atau sengaja menidakkan keajaiban doa dalam meminta sesuatu atau segalanya pada Tuhan. Hanya kerana 2-3 permintaan yang telah lama di mohon pada Tuhan, yg belum lagi ditunaikan, membuat kan aku ego padaNya..ego untuk tidak meminta lagi. sedangkan bila lihat kepada permintaan lain yg semuanya ditunaikan oleh Dia, adalah tidak adil bagi aku utk kata Tuhan tak sayang aku..tak adilnya aku...Ampuni aku Ya Allah...ampuni aku...

" Nikmat Tuhan yang manakah hendak kamu dustakan?" Ar Rahman (Nauzubillah)

Buku travelog Haji ni memang2 sgt best..dan kepada yg bakal jadi Tetamu Allah, tak kirala untuk menunaikan haji atau umrah, buku ini jadikan panduan. Sbb, tak pernah jumpa buku yg begitu bersahaja penyampaiannya dalam menceritakan urusan amal ibadat n keajaiban doa. Selalunya buku2 kat luar tu, penyampaiannya berat... kengkadang macam rasa tak tercapainya nak buat...tp dengan buku Travelog Haji ni, semuanya rupa2nya mudah. Apa yang bole aku katakan tentang buku ini, pengajarannya begitu berkesan, terkesan dalam hati.

Kudos to Prof Kamil atas terhasilnya karya hebat ini.