"Men are anxious to improve their circumstances, but are unwilling to improve themselves; they therefore remain bound."
Thursday, March 5, 2009
Keajaiban doa
Lama tak jenguk blog ni. busy n busy yang amat sgt.tak sempat walau Tuhan bg 24 jam sehari...
Kali ni nak cerita pasal buku Travelog Haji ni la. Actually buku ni hadiah dr Fisha utk birthday alin hrtu.Fisha hadiahkan 2 buku. lagi satu buku, Cinta Khadijah. Cinta Khadijah tu alin tengah baca.belum hbs lagi...Thanks Fisha..buku ni benar2 mengembalikan aku pada 'doa'.Semoga Tuhan memudahkan segala urusan Fisha.
Buku ni sebenarnya adalah catatan perjalanan ibadah penulis di Mekah Prof. Muhd kamil.Ibadah yang tulus dan doa sungguh2 ketika di bumi Haram. Membaca sahaja buku ni, membuat kan aku rasa terkilan...nape la aku lupa berdoa sungguh2 dan dimana2 sahaja ketika di sana...nape la lupa tentang makbulnya doa di setiap tapak di situ. aku hanya berdoa sungguh2 ketika ditempat2 yg makbul sahaja.
Patutla apa yg aku terkata dalam hati, memang itu la yg aku dapat..yeala, bila tgk ramainya org kat Hajar Aswad, aku kata dalam hati..tak pe la, ramai orang tu..tak mampu nak bawa mak redah semua manusia yg besar2.Lain kali, Tuhan pasti jemput aku lagi jadi TetamuNya...tu jer yg mampu aku kata sambil lihat ke arah tempat2 makbul itu..apatah lagi, ustaz yang bawa kami pun pecah cermin mata dia sbb kena tolak di dinding Rumah Allah... Bila tgk berpusunya orang sholat di Hijir Ismail,berdoa di pancuran Emas...pun hati kata macam tu.Patut la aku tak dapat cium Hajar Aswad, tak dapat sembahyang sunat di Hijir Ismail n tak dapat berdoa di bawah Pancuran Emas...tapi aku yakin yg kata hati "Pasti Tuhan nak aku datang lagi jd TetamuNya" akan dimakbul kan Tuhan.Amenn...
Signifikan doa dalam kehidupan seharian yg di tulis dalam buku ini begitu masuk dalam hati.Tu la kan.. 'doa' adalah pengharapan kita pada Tuhan..Dia Maha Mendengar.Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Doa..doa..doa dan terus berdoa..Tuhan makbulkan. Tapi kengkadang aku macam lupa atau sengaja menidakkan keajaiban doa dalam meminta sesuatu atau segalanya pada Tuhan. Hanya kerana 2-3 permintaan yang telah lama di mohon pada Tuhan, yg belum lagi ditunaikan, membuat kan aku ego padaNya..ego untuk tidak meminta lagi. sedangkan bila lihat kepada permintaan lain yg semuanya ditunaikan oleh Dia, adalah tidak adil bagi aku utk kata Tuhan tak sayang aku..tak adilnya aku...Ampuni aku Ya Allah...ampuni aku...
" Nikmat Tuhan yang manakah hendak kamu dustakan?" Ar Rahman (Nauzubillah)
Buku travelog Haji ni memang2 sgt best..dan kepada yg bakal jadi Tetamu Allah, tak kirala untuk menunaikan haji atau umrah, buku ini jadikan panduan. Sbb, tak pernah jumpa buku yg begitu bersahaja penyampaiannya dalam menceritakan urusan amal ibadat n keajaiban doa. Selalunya buku2 kat luar tu, penyampaiannya berat... kengkadang macam rasa tak tercapainya nak buat...tp dengan buku Travelog Haji ni, semuanya rupa2nya mudah. Apa yang bole aku katakan tentang buku ini, pengajarannya begitu berkesan, terkesan dalam hati.
Kudos to Prof Kamil atas terhasilnya karya hebat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bila baca posting alin ni, rasa macam best pulak buku travelog haji ni. nantilah pergi beli satu copy. Prof kamil kena bagi komisyen ke alin sbb promote buku dia. ehe.. thanks. :)
ReplyDeleteHa'ah, x sia2 aku mengaku as a part of iium-kusza student. Mmg terrerlah korg sumer menulis. Kalau kita berdoa dan terus makbul, tu tandanya Allah syg kita, kalau lambat makbul, tu tandanya Allah sediakan yg lbh baik utk kita, kalau x dimakbulkan di dunia, tu tandanya Allah nak bagi kat akhirat. Sbb tu lah doa ni dikatakan senjata mukmin psl kita akan sentiasa redha dgn doa2 kita kan?
ReplyDeleteustazshafiee : buku ni memang best.. alin 2 thn kebelakangan ni x pernah dapat hbs bc buku dalam 2 hari. tp baca jer buku ni, mcm tak leh nak tunggu lama. hati sentiasa berdebar nak tahu selanjutnya. Airmata jgn cakap la kan...tak leh nak tahan...
ReplyDeleteLa ni alin tgh baca karya Prof Kamil jugak..Travelog Dakwah " meniti hari esok" .
Bila dah hbs baca alin ulas jugak.
komisyen..? hehehheheehe buku yg bagus kena hebah2kan semoga semua dapat ilmunya...
ajako : betul tu. Tu la masa bincang dgn member pasal egonya alin tak nak minta dgn Tuhan lagi sbb apa yg alin minta Dia tak kabulkan, alin lupa yg semakin kita minta kat Tuhan, sebenarnya kita semakin dekat dgnNya.... Lupa yg alin jauh dari Dia, tu sbb Tuhan tak makbulkan doa alin, supaya alin beringat n dtg pada Dia semula.
ReplyDeleteSubhanaAllah..SubhanaAllah..SubhanaAllah...
ustazahnye dia...subhanallah, subhanallah, subhanallah
ReplyDeleteajako : dah buat salah kat Tuhan..tu yg kena jd ustajah tu..huhuhuhuhhu
ReplyDeletePstt .. nak cakap gak ... ni dah gi tahu kat k.lin .. utk yg blom tau, kalau korang belek blurb / cover belakang buku tu .. cuba korang tengok nama sapa kat situ ... ahem ... ahem ...
ReplyDeletemy review on this book .. read here:
1. http://apayangfishabaca.blogspot.com/2008/04/travelog-haji-mengubah-sempadan-iman-by.html
2. http://apayangfishabaca.blogspot.com/2008/08/betulkah.html
P/s: K.Lin, ada tag utk mu di blogku .. aku tuntut supaya ia dijawab!
Fisha : Tu arrrr lufe nak tulis pasal blurb tu beb!
ReplyDeletesowi..sowi..sowi..
Alahaiiii awat hang tag diri ku ini....
alin:
ReplyDeletejaga-jaga! (pesan guruku) jangan sekali-kali salah sangka dengan Tuhan. Tuhan Maha Bijaksana, tak kan sekali-kali Tuhan akan tersilap. (kata guruku lagi) ciptaan langit bumi ni lagi hebat berbanding ciptaan kita, namun ada ke kita lihat kekurangan pada ciptaan langit dan bumi tu? - sekadar renungan bersama ;) wallaua'lam
ustazshafiee : TQVVM atas pesanan itu. Semoga Tuhan terima keampunan alin
ReplyDeleteTak elok biarkan “rumah” tinggal kosong lama-lama. Takut nanti entah apa-apalah yang ada kat dalam tu…hehehe
ReplyDeleteMemandangkan kau dapat buku tu dari fisha sebagai hadiah hari lahir…
Memandangkan kau pun dah abis baca buku tu...
Memandangkan kau kata “ buku yg bagus kena hebah2kan semoga semua dapat ilmunya...“
Memandangkan birthday aku baru lepas
Memandangkan kau lupa nak bagi hadiah birthday aku
Apa kata...kau hadiahkan buku tu kat aku...hehehe (jangan bagitau fisha, nanti dia marah...hahaha)
Caypet : Aku muskil la ngan paragraph pertama ko tu.... muskil...muskil..hehhehehehhe
ReplyDeletemak oiiii banyak ekkk ko punya memandangkan. Aku lufe la nak ucap hp belated birthday kat ko. well, beb, welcome to 33...huhuhuhuhu.
OOooo... nak ekkk buku ni...nanti aku hadiahkan ko ekkk. tp ko ingatkan aku bg hadiah kat ko tau...
paragraph pertama tu kata, kalau ada blog, jangan dibiarkan tanpa artikel baru lama-lama sangat...takut2 orang tak jenguk aje nanti...kau ni, aku berfalsafah sikit pun tak paham...itu pasal dulu aku tak belajar dengan sutung umar tu...hehehe
ReplyDeletecaypet : huahuahuahuahua...jd dgn kata lain ko nak kata yg aku belajar tak berkat la ekkk ngan sutung umar tu...sbb tak faham para ko tu...
ReplyDeletealin: bak kata nabil, "LU PIKIRLAH SENDIRI!!!"
ReplyDeleteSlm, wah2 tahniah ada blog sendiri, k Alin, decorate lagilah bagi lagi lawa2...
ReplyDeleteBetul2...saya pernah terbaca kat mana ntah tp lebih kurang nya saya quote 'jgn pernah letih nak berdoa...jgn pernah rasa Tuhan tidak mendengar... Percayalah, lebih lambat Tuhan membalasnya, lebih banyak cabarannya dan lebih tinggilah usaha kita...' Kita selalu sedih kan bila Tuhan tak makbulkan permintaan kita tapi bila Tuhan beri apa yang kita minta, terlupa pula nak ingatkan Dia kan... Sama2 lah berdoa untuk sejahtera dunia akhirat, Amin.
K Alin, chayo2
ha ... aku ada hadiah lagi nih ... pi ambik kat blog haku tu ...
ReplyDeleteangah : tq sudi singgah... ala saje2 je ni buat blog. tp xde masa lak nak buat entry2 baru... tgk tu..caypet dah sound heehhehehhe.
ReplyDeleteangah pun chayo2..anyway angah ni juwairiyah ekkkk...
Fisha: suke..suke..suke.. tq sbb sokong diriku dalam memblog ni...tq fren..
ReplyDeleteakan ku publish tht award n juga tag mu itu (tp start pun blm...lambat la ku langsaikan hutangku padamu..ahakkksss)
K. Alin,
ReplyDeleteNak share pengalaman semasa kat Hajar Aswad. Masa tu tak ramai orang. Kedudukan Eija tersangat dekat dlm sebelah tangan dah boleh masuk. Tapi sbb ada Minah Pakistan ni yang terpekik terlolong kat situ mcm tak nak lps Hajar Aswad tu maka terdetik dlm hati esok ada lagi. Bila tawaf keesokan harinya (Jumaat) Masyaallah ramainya orang sampai tawaf pun berhimpit-himpit.
Tp bila tak dapat cium Hajar Aswad masa tu, Eija tekad dalam hati Ya Allah, aku teringin sangat nak sembahyang kat Hijir Ismail. Memang Allah permudahkan. Berduyun-duyun orang masuk sampai Eija nampak sorang pompuan ni kena pijak kepala dia la. Eija tekad juga masuk.Tapi bila Eija lalu ada satu tempat yang orang ulang alik pun tak nampak dan cukup untuk Eija sembahyang kat situ dengan aman. Alhamdulillah. Eija sujud syukur lepas tu.
Eija : tu la kan... Mungkin masa tu k alin terlalu protect my mom kot. sbb mak tak berapa nampak matanyer... sampai lupa kekuatan doa agar Tuhan mudahkan segalanya...org plak masa tu sgt ramai. masa g tu, masa tarikh yg visa disekat oleh arab saudi. then, bila visa keluar, semua la dapat pergi. according to Ustaz yg bawa tu, suasana n keadaan masa tu sama mcm keadaan musim haji.
ReplyDeleteX pe, k alin sentiasa doa agar Tuhan jemput k Alin lg ke sana. InsyaAllah
K.Alin:
ReplyDeleteItula keajaiban doa. Banyak belajar di sana. Walau terdetik Allah akan makbulkan. Cam adik ipar Eija tanya Eh takde pulak artis buat Umrah ni (apa punye soalan da...). Balik masjid terserempak ngan arwah Loloq and the gang dok satu hotel plak tu.
K. Alin:
ReplyDeleteInsyaallah ada rezeki kita semua akan ke sana semula. Nampak aje gambar Kaabah rasa sayu semacam, seakan memanggil lagi untuk ke sana. Kita semua akan ke sana semula.Insyaallah Allah akan permudahkan. Amin.
Eija : Amin Ya Rabbal Al Amin... Rindukan Eija? Rindu sgt..
ReplyDeleteSalam. Dalam blog saya ada web Prof ini jemputlah.........
ReplyDeleteD'Rimba:
ReplyDeleteWs. Tq...