Thursday, October 27, 2011

Mak Limah ooo Mak Limah

As slm semua.

Lama tiada mood utk menulis..

Musim haji tiba lagi..dan pastinya kenangan menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun lalu akn tetap segar dalam ingatan..10.10.10 itu tarikh keberangkatan n lbh manis penerbangan juga pada jam 10.10 pg (ini kerana penerbangan ditangguh hampir 5 jam).

Pastinya pembaca tertanya knp alin memilih tajuk Mak Limah jd pilihan.kali ini alin nak cerita tentang dua org makcik yg sgt berbeza akhlak semasa berada di bumi suci tahun lalu.

Makcik Limah 1.
Ketika sholat Magrib di Masjid Nabi,alin baca AlQuran sementara menunggu waktu isya, seorang makcik dlm lingkungan usia 60thn lbh,menyuruh alin menjaga brg2 dan tempat sholat sementara makcik menyimpan AlQuran.

Slps itu kami berbual ringkas n setelah azan hbs,makcik limah kata,makcik suka n gembira dpt jumpa anak ni.dia kata dia suka bila ada anak melayu yg berkejaya dan dijemput Allah pada usia muda.alin cuma berkata Alhamdulillah makcik..sy juga sgt bersyukur.sblm kami mula sholat,makcik limah telah berdoa supaya alin ditemukan jodoh org yg beriman dan semasa alin menadah tgn mengaminkan doa dia,makcik limah telah meletak seutas tasbih kristal warna pink,sambil berkata,tasbih ni makcik beli td ms nk pg masjid,makcik hadiah kat awk,moga2 awk akn ingt makcik setiap kali guna tasbih ni.begitu tulus hati makcik limah yg merupakan bekas guru di Ipoh.

Sifat mulia makcik limah ni sgt terkesan di hati..dan teringat sabda Rasul antara maksudnya "apabila memberi,berila benda yg paling kita syg.itu adalah lbh baik bg kamu".

Alin sgt berharap dpt berjumpa makcik limah lg selepas itu,tp itu la pertemuan terakhir kami.

Makcik Limah 2
Makcik Limah 2 adalah jamaah yg satu bilik dgn alin diMekah.alin x nak cerita keburukan makcik limah ini.tapi cukup la alin katakan Makcik Limah ini adalah dugaan terbesar n tersukar alin ketika menunaikan hj.alin menjadi sgt stress krn makcik limah.

Setelah di ingat2 semula,dugaan yg tak terduga ini,mungkin krn alin lupa memasukkan doa utk mendapat roomate yg membawa kebaikan dan menyenangkan hati ketika memohon kpd Allah sebagai bekalan sejak sblm berangkat lagi.

Ianya nampak sgt kecil...lupa berdoa ditempatkan bersama roomate yg beriman...tp impaknya sgt besar..yea la terpaksa bersama dlm bilik bg jangka masa 1 bln n juga dlm khemah diwaktu kemuncak arafah dan mina sgt mencabar akal dan iman ;)

Aduhaii...tp tu la hakikat akhlak manusia.Bersyukur juga ditemukan dgn kedua2 Makcik Limah ini utk alin jdkan pedoman hidup alin untuk jadi manusia terbaik.

Owh ya...ingat x ttg tasbih kristal pink yg Makcik Limah 1 bg tu? Tasbih tersebut yg selalu alin bw kemana2 telah pun alin hadiahkan pada seorang ibu yg alin panggil ummi sebagai penghargaan besar ats layanan kelas satu pada alin ketika berkunjung di rumahnya di Cipayung, bandung semasa menyambut maulid Rasul Mei lalu. Semoga pahala Makcik Limah 1 sentiasa mengalir krn alin percaya Ummi akan selalu gunakannya krn ummi merupakan isteri kpd salah seorang anak keturunan saidina Ali.

Ya Allah Ya Tuhan ku,kau muliakan hatiku semulia hati Mak Limah 1 dan ummi..jauhi sifat buruk Mak Limah 2 dariku. Kau ampuni mereka bertiga dan limpahkan Rahmatmu kpd mereka Ya Allah.

Labbaik Ka Allah Humma Labbaik...jempu aku lagi Ya Allah.

No comments:

Post a Comment