As salam semua. Moga sentiasa dalam Rahmat Ilahi.
Terasa cepatnya masa berlari.Esok hari wuquf di padang arafah.wuquf adalah kemuncak Hari Besar.
Ingt lagi diwaktu2 begini,kami berdebar2..excited dan happy utk melalui episod ibadah haji.
Sblm sampai hari wuquf alin byk berdoa mohon pada ALLAH kuatkan semangat,tabahkan hati menghadapi ujian di hari besar ini. Bermula dgn menunggu bas yg lewat dlm 2 jam seterusnya kami menaiki bas nmenuju ke padang arafah.ALLAHU AKBAR sepanjg perjalanan hati sgt sayu x th dr mana dtgnya perasaan itu..kami byk bertalbiah sambil menitiskan air mata.
Kedengaran sgt mudah,bermalam di padang arafah..di dalam khemah,seperti camping yg biasa alin lalui.
Alhamdulillah,perjalanan dr hotel ke padang arafah berjalan lancar.bas sampai ke destinasi tanpa jammed dan tidak sesat.ada jamaah yg berpusing2 x jumpa tempat wuquf krn bas telah tersesat jalan.mcm x percaya kan,pemandu bangsa arab bole sesat mencari padang arafah.tp itu la hakikat dugaan dr ALLAH.
Satu khemah 15 org ditempatkan dlm 14 khemah satu tapak.dugaan alin yg pertama,mak alin jatuh sakit.tp alhamdulillah mak masih bole bgn utk sholat dan berdoa.
Dalam khemah yg sempit,cuaca yg sgt panas mmg sgt menduga utk beribadat.ingt lagi,alin yg x thn panas telah meletak kan ketulan ais dlm tuala muka dan diletakkan dimuka dan kepala..lucu apabila,kelakuan tersebut telah menjd ikutan jamaah dlm khemah :)sgt tidak selesa krn kebanyakan jamaah x mandi krn bilik air sgt sikit..rasanya nisbah 1 blk air :100 jamaah.alin memilih utk tidak mandi krn tidak mahu menyusahkan jamaah lain utk menggunakan blk air utk perkara yg lbh penting.
Hampir tamat waktu wuquf,alin n makcik2 keluar utk mencari ruang berdoa diluar khemah.doa kami dimakbulkan ALLAH krn dapat ruang kosong ditepi bas...alhamdulillah ruang tersebut cukup utk kami bertiga dan teduh..
Pengalaman ni sgt manis..wuquf,beribadat,berdoa dan dpt meyaksikan awan hitam bergompol di awan dan berlalu pergi..perginya awan hitam itu,langit kembali cerah.Maha Besar ALLAH..mengikut buku travelog haji,awan hitam tersebut membawa pergi kesemua dosa jamaah yg berada di padang arafah..
Aduhai...dikala ini rindunya saat2 itu..rindunya dgn perasaan sayu yg dtg tiba2..rindunya dgn talbiah..rindunya dgn ALLAH.m Ya Rabb, jemput aku lagi Ya Rabb...
No comments:
Post a Comment