Saturday, November 5, 2011

Mabit di Muzdalifah

Selesai Wuquf di Arafah,kami bersiap sedia utk mabit di muzdalifah.kudos kepada pengurusan tabung haji yg menyusun jadual jamaah mengikut khemah masing2.

Alin naik bas waktu malam..mengambil jalan selamat utk tidak berebut kerana mak sangat x sihat,kami hanya menunggu kalau2 ada insan yg baik hati memberi kami ruang.tapi itulah..dalam bab ibadah,jamaah akn sebaik mungkin menjaga agar membuat ibadah yg cemerlang,tapi apabila tiba kepada hablu minnas nas (hubungan sesama manusia) jamaah kebanyakannya lupa utk membantu.masing2 pentingkan diri sendiri,saling berebut2 utk naik bas..Allahu Akbar.

Akhirnya dgn bantuan insan yg amat luhur budi,pakcik mohd nor (yg alin tumpang mahram)bersama isterinya Cik Awi,akhirnya alin dan mak dpt naik bas.

Perjalanan diteruskan ke muzdalifah.di sini kami singgah sebentar.Di sini juga ada rasa manis dan pahit..

Sesampainya kami di Muzdalifah,padang telah dipenuhi dgn jutaan jamaah.kami memilih tempat di hujung padang.MasyaAllah..melihat keadaan sekeliling,rasa kerdil,takut,insaf dan berbagai mengundang rasa.Inilah yang digambarkan keadaan padang masyar.semua kelihatan sama..putih. Dan seperti tayangan filem,masing2 dengan kegiatan masing2.ada yg mundar mandir,ada yg tidur,ada yg berbual2...yg pasti tidak ada sesiapa pun memperdulikan orang lain. Serasa seperti berdebar2 menunggu masa mengadap yang Maha Kuasa.

Sepanjang malam kami di sini.letih dan teruja saling berganti.dalam hati tidak putus berdoa agar Allah hanya uji dengan ujian yg bole alin pikul..

Sementara menunggu sepertiga malam di muzdalifah,kami mula mengorek tanah untuk mencari batu bg ibadah melontar esoknya.bukan senang mencari batu dipadang pasir dimana berjuta jamaah mencari batu .berbekalkan lampu picit kecil dan pisau jambori,alin mula mengorek tanah..teringat pesan ustaz,batu perlu dipicit utk mengelakkan terambil najis unta :)hampir satu jam menngorek tanah,akhirnya batu utk alin dan mak sudah cukup.siap juga cuci batu dengan air utk mendapat amalan sunat.

Penat menunggu bas,kami akhirnya tertidur beralaskan tikar dan berbantalkan beg...sehingga subuh,jamaah masih ramai..rupa-rupanya bas yg akan mengambil kami ke Mina sangat terhad.kami yg pada mulanya hanya menunggu,akhirnya ambil keputusan utk kehadapan padang.

Ya Allah...besar sungguh dugaanMu..ramai jamaah yg berpusu-pusu ke ruangan menunggu bas menyebabkan alin hampir pengsan kerana pitam.maklumla,letih ketika wuquf,tambah menjaga mak yg tidak sihat,dengan mengangkut beg dan dgn cuaca panas walau masih subuh,membuat alin hampir rebah.mujur ada membawa minyak kesayangan alin minyak yuyi (x kisahla kawan2 kata tu minyak utk baby pun kan hehhehe)telah menyelamatkan keadaan.tapi pelik masa tu,Allah seolah2 bantu alin ketika itu.seperti ada yg mendorong alin kehadapan sehingga dapat masuk ke ruangan laluan barisan menaiki bas.dan tambah pelik,mak ketika itu,seperti sihat dan segar,hingga mak bole menggosok tengkuk alin ketika hampir jatuh.masa ini juga lah ada sepasang jamaah suami isteri perasan alin yg berpeluh2 telah memberi ruang..terima kasih kakak n abang..semoga urusan kalian jg dipermudahkan Allah..dan juga terima kasih Allah.

Waktu2 ini la alin teringat pesan seorang kawan ketika berangkat, Zalmanizam pesan "alin kat sana kau jaga mak kau baik2..xde sesape kat sana dgn kau nanti".tapi masa tu alin kata kat Zam "adalah.alin kan pergi bersama makcik.sure la makci akn tlg alin".mendengar jawapan alin zam terus pesan lagi "kau jgn berharap sgt dgn pertolongan makcik atau sesape pun,sbb kat sana nanti,manusia akn jadi kau-kau,aku-aku".Benar Zam,apa yg kau kata itu benar.. Mujur alin sentiasa kuat dan yakin Allah bersama selamanya.

Hampir terbit fajar baru alin dan mak sampai di Mina..di Mina, dugaan hadir lagi...

Ya Allah,kau permudahkan semua perjalanan jamaah haji Ya Allah..ameen.

No comments:

Post a Comment