Alhamdulilllah...masih ada mood mencoretkan kenangan perjalanan menjadi tetamu Allah. Sesungguhnya coretan ini hanya sekadar berkongsi rasa dan pengalaman.Jauh sekali utk menunjuk rasa riak atau takbur..Auzubillahhi min zalik.
Hari ini,alin dan mak sudah selamat berada di Mina.
Maha suci Allah,pengalaman melontar adalah merupakan pengalaman yg sgt hebat..hampir2 alin tewas..hanya berdoa..berdoa..kerana alin tahu Dia dengar dan pastinya memberi kekuatan pada alin.
Di Mina,kami ditempatkan dalam satu khemah seramai 15org dan satu kawasan ada 50 khemah.Diwaktu siang cuaca sgt panas,penghawa dingin tidak terasa tetapi waktu malam,sejuknya hingga ke tulang.Mak yg sememangnya tidak sihat,semakin lemah..tekanan darah naik,mungkin tensen dengan keadaan sekeliling tambah lagi tidak makan ubat diabetes dan darah tinggi.
Mak waktu di Mina diduga dengan cirit birit..sangat sedih melihat keadaan mak.Di Mina tandas sgt terhad..nisbah 1 tandas : 1000 orang. Apa yg paling sedih disini ialah jamaah seperti tidak memperdulikan jamaah lain..pentingkan diri sendiri yang mana jamaah mandi dan membasuh sedangkan ada diasingkan tandas utk mandi.kat sini,airmata alin macam senang je nak mengalir..bayangkan mak yg sudah tidak tahan utk buang air besar tidak langsung dihiraukan..terpaksa juga beratur walau telah merayu utk diberi masuk dahulu.Mak yg pucat alin suruh berdiri memegang khemah krn di situ agak teduh dan alin berdiri dlm cuaca panas menunggu turn.Rupanya bkn mak seorang diduga begitu,ramai jamaah tua yg terpaksa membuang diluar tandas krn tiada siapa kasihan..Allahu Akbar..ketika itu,alin terfikir,ibadah macam mana agaknya yg jamaah cari?
Hari pertama melontar,kami pergi waktu mlm ats arahan Tabung Haji.Mak,alin tinggalkan dikhemah dengan doa "Ya Allah Ya Tuhanku,aku tiada siapa disini selain Kau,aku tinggalkan mak di bawah jagaan Mu Ya Allah,kunci kan cirit mak sehingga aku balik Ya Allah".Yakin dengan doa tersebut,mak lafazkan wakil pada alin utk melontar bagi pihak mak.
Perjalanan kami bermula dengan melalui terowong muasim sepanjang 7km ke jamrah.tidak terasa jauh krn berjalan beramai2 sambil bertalbiah.Masa ini juga Allah uji kami,yang mana orang arab yang membawa kami telah tersalah jalan.walaupun alin perasan yang signboard jamrah tingkat 3 ke arah kanan,tp x kan la nak memandai nk bgth salah jln.setelah naik bukit,kami turun bukit semula.lepas tu naik semula bukit.tapak kaki terasa perit..terasa tidak larat,tp kena kuat.masa ini la,baru alin tahu kenapa yang telah pergi haji selalu berpesan pergi haji di usia muda.benar,ibadah haji sgt memerlukan kekuatan..bukan sahaja kekuatan fizikal tapi juga kekuatan minda dan iman.
Memasuki sahaja kawasan jamrah,sebak sayu dan pastinya air mata mengalir..Allahu Akbar..Allahu Akbar..hanya itu mampu diucapkan.Alhamdulillah melontar berjalan lancar kerana kawasan jamrah dipenuhi oleh jamaah asia sahaja.
Setelah melontar,kami bertahalul awal iaitu bergunting..maka bebas kami dari 10 larangan ihram.Hari kedua di Mina,kami memilih utk melontar di waktu pagi.kali ini kami pergi sendiri dan bertawakal supaya tidak sesat.Kali ini kami tidak boleh bertalbiah,tapi kami bertakbir raya..kerana hari ini hari raya adha.manis sungguh kami rasakan takbir raya tersebut..pertama kali beraya di Mekah memang sangat teruja.
Alhamdulillah,kali ini kami tidak sesat dan memilih utk melontar di tingkat tiga kerana di tingkat satu dan dua biasanya menjadi pilihan jamaah dr arab, pakistan dan yg lain2.Mereka terkenal dengan berebut,bertolak dan tidak kisah dengan yg lain.Bukan mengata,cuma memberi panduan kepada jamaah lain nanti.Di Jamrah,Alin mempraktikkan mencari ruang melontar seperti di dalam buku travelog haji..Alhamdulullah,sempurna lontaran tanpa cedera dek terkena lontaran batu jamaah lain.
Malamnya pula,bumi Mina dilanda ribut dan hujan lebat.kami mendengar arahan tabung haji utk duduk di dalam khemah dan mengemas pakaian.Masa tu kami sangat cemas kerana 5 beradik makcik dalam khemah kami,keluar melontar ketika itu.kami sholat hajat utk keselamatan makcik2 itu.Alhamdulillah makcik2 tu pulang dengan selamat walaupun ketika itu hujan ribut.Hanya Allah je tahu betapa takutnya kami ketika itu.teringat jamaah yg terpaksa menaiki gunung utk menyelamatkn diri krn bumi Mina dilanda banjir kala musim haji 3 tahun lepas.Bayangkan macam mana nak bawa mak yg sgt lemah naik gunung,aduhaiii...tak tercapai dek akal ketika itu.Tapi Allah Maha Besar,subuh,hujan berhenti.
Owh ya,pembaca tentu nak tahu kan apa jadi dengan mak, yg alin tinggalkan dengan yakin Allah menjaga mak? Alhamdulillah,masa alin balik mak seperti tenang tidur.Mak bangun je,terus kata tak tahan nak buang air besar lagi..alin syukur ke hadrat Ilahi,mak tidak tercirit di dalam khemah..terima kasih Allah :)
Di sebabkan keadaan mak tidak sihat,alin memilih utk nafar awal -iaitu hanya melontar 2 hari sahaja.walaupun nak sangat menyelesaikan 3 hari lontaran,tanggungjawab terhadap mak lebih penting..dan Alin yakin Allah tahu apa yang alin niatkan.Kami sampai di hotel pada jam 2 ptg.
InsyaAllah,esok alin cerita lagi rukun seterusnya yea.
Semoga Allah jemput pembaca2 dengan segera...ameen Ya Rabb
mina dan jamrahnya..
ReplyDeletepengalaman yang amat mempesona..
di sini hati diuji sehebatnya..
semoga mabrur haji hendaknya..
wah, ust shafiee siap berpantun tu...
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah sy dpt menjalani ibadah haji 1433 di usia 33 tahun, xterasa jauh berjalan sewaktu melontar..malah seronok, cma my mother in law la lemah sikit..semput.. Tp kami jalan stop..jalan stop..xfollow tabung haji..pergi waktu sendiri je..semlm baru balik drp mina..now nk tggu bersih dr haid utk melakukan tawaf dan saie...
ReplyDeleteAlhamdullillah puan Ida Salim..pasti pengalaman berharga itu mahu kita ulang lg kan :)
ReplyDeleteNice story, sdri Alin Ahmad. Pastinya your mother kuat semangat and you took care of her properly. Banyak pahala tu. Ingat yang syurga itu di bawah kaki ibu. Kalau ibu rehda, kita selamat dunia dan akhirat.
ReplyDeleteKalau senang, boleh baca cerita haji saya (2011) dalam blog, http://PanoramaInternet.blogspot.com
Wasallam, Kamaruddin Hassan